Saturday, May 21, 2011

Tahu tulis nama anda dalam tulisan Jawi?

السلام عليکم



براڤ رامايکه دانتارا کيت يڠ تاهو منوليس نام سنديري دالم توليسن جاوي؟

Ayat diatas adalah contah tulisan jawi yang terhasil dengan menggunakan perisian jawi translator di laman Ejawi.net. Malu juga terutamanya orang yang mengaku Melayu "Melayu-Islam" tapi tak tahu membaca dan menulis dengan tulisan jawi. Tahukah kita tulisan jawi ni merupakan warisan budaya Melayu Nusantara, orang lama datuk nenek moyang kita dulu gunakan tulisan ni untuk menulis dan membaca.

Pentingnya pengunaan tulisan jawi telah dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di terengganu pada tahun 1903. Ia telah menjadi asas penting dan berkait rapat dengan kedatangan Islam ke Nusantara. 

Penggunaan tulisan jawi ni telah berkembang dan telah disebarkan ke kerajaan Melaka, kerajaan Johor dan Aceh pada abad ke-17 sehinggalah ia menjadi tulisan rasmi untuk pelbagai urusan rasmi dan tak rasmi pada masa tu. Pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu ia masih lagi menjadi tulisan rasmi bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu.

Bayangkan tulisan yg telah digunakan selama lebih 700 tahun sehingga sekarang sudah hampir dilupakan. Kita dah susah nak nampak penggunaan tulisan ni terutamanya di akhbar-akhbar berita yang dahulunya mojoritinya memang menggunakan tulisan jawi ni.

"Kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada bagaimana mereka menghargai warisan mereka sendiri  "

Terbaru Ejawi.net versi 3.0 telah dilancarkan dengan ciri-ciri tambahan yang menarik dan bermanfaat untuk peminat-peminat tulisan jawi. Laman ni menyediakan perisian tulisan Jawi untuk pengguna yang ingin belajar dan menggunakan tulisan Jawi di komputer mereka.

Haa...lepas ni semua dah tak ada alasan lah untuk tak belajar tulisan jawi ni. Kita sebagai orang islam marilah memberi sokongan terhadap penggunaan tulisan jawi ni.

Emmm....kalaulah semua orang islam letakkan nama jawi mereka di sebelah nama rumi mereka kat semua laman social atau blog mereka, mesti menjadi trend baru yang sangat bagus!
p/s: sekurang-kurangnya wajib kena tahu tulis nama sendiri dengan tulisan jawi.....
راديو-اسلام.بلوݢسڤوت.چوم




 




No comments:

Post a Comment